Apa itu "Frosting" dan "Topping"?

Anda tentu pernah melihat cupcake yang dihiasi atau digubah dengan pelbagai corak dan warna bukan? Ini lah yang dinamakan "Frosting" atau dalam erti Bahasa Malaysia, sesuatu yang menutupi cupcake di bahagian atasnya. Terdapat banyak kaedah "Frosting" yang boleh digunakan untuk menghiasi cupcake seperti yang disenaraikan di bawah. Saya sertakan sekali nama dalam Bahasa Inggeris kerana mungkin ada di antara anda yang lebih selesa atau lebih kenal kaedah-kaedah "Frosting" ini dalam Bahasa Inggeris. Di antaranya ialah :
  • Krim Putar (Whipped Cream)
    • Gunakan Krim Putar jenis non-dairy kerana ianya mudah dikendalikan dan setelah  diputar terus boleh digunakan sebagar dekorasi "Frosting".
    • Tips : Jangan putar terlalu lama kerana ia akan menjadi cair dan menyukarkan anda untuk membuat dekorasi.
  • Krim Mentega (Buttercream)
    • Dihasilkan menggunakan mentega dan gula aising. Mudah dibuat dan senang untuk digubah menjadi frosting di atas cupcake. Selalunya dipaipkan ke atas kek cawan menggunakan beg piping bersama Tip Nozzle. Tip Nozzle ini diwakili oleh pelbagai nombor untuk menghasilkan corak-corak yang berbeza. Contoh Tip no. 2 bertujuan membuat tulisan.
  • Fondant
    • Kaedah yang semakin digemari. digunakan untuk menutupi cupcake dah kemudiannya diletakkan topping daripada jenis fondant/gumpaste. Hasilnya adalah sangat cantik dan kemas. Boleh didapati di mana-mana kedai menjual bahan-bahan bakeri. Fondant jenis "rolled on" yang sedia dipakai boleh didapati di kedai menjual bahan-bahan bakeri. Jenama seperti "Wilton" atau "Pettinice" adalah yang banyak digunakan atau dot-dot.
  • Gumpaste
    • Lebih digemari untuk menggubah bunga-bunga sebagai hiasan di atas cupcake kerana daya ketahanan dan bentuk yang lebih keras daripada fondant.
  • Royal Icing
    • Dihasilkan daripada telur putih. Lembut ketika dipaipkan dan akan menjadi keras setelah seketika. Cara yang baik jika inginkan ketahanan daripada bunga yang digubah.
  • Glaze
    • Glaze aprikot dan strawberi adalah antara yang selalu digunakan untuk sebagai "Topping" cupcake.
  • Piping Gel
    • Gel dalam bentuk jernih dan anda boleh mewarnakannya mengikut citarasa dan tema untuk mendekorasi cupcake anda.
  • Coklat Ganache
    • Coklat masakan yang dicairkan dan kemudian digunakan untuk menutupi cupcake. Cupcake daripada coklat Ganache memang sangat digemari terutamanya kanank-kanak.
Ada yang menggunakan kombinasi dua jenis "Frosting" di atas untuk mendekorasi cupcake. Ianya tidak menjadi sebarang masalah. Ini semua terpulang kepada daya kreativiti dan apa yang anda suka.  Selain daripada kaedah di atas, ada juga yang meletakkan bahan-bahan lain iaitu "Topping" setelah kek cawan ditutupi dengan "Frosting". Contoh cupcake yang dilitupi dengan buttercream boleh jugak diletakkan manik-manik warna-warni sebagai "Topping".  Satu contoh lagi, cupcake yang ditutupi dengan coklat Ganache boleh diletakkan buah strawberi sebagai "Topping"nya. Menarik bukan?? 

Jika anda lihat cupcake di bawah ini menggunakan dua jenis "Frosting" dan "Topping". Yang pertama buttercream berwarna kuning yang ditabur dengan manik-manik gula warna-warni. Yang satu lagi pulak, buttercream berwarna hijau yang diletakkan "Edible Image" karakter Ben10 sebagai "Topping".

4 comments:

Unknown said...

Bagus info ni.. Trm kasih..

Unknown said...

Terima kasih untuk info yang sangat berguna..:)

Unknown said...

Tq for info

Unknown said...

terima kasih



















Post a Comment


up